Apa yang membakar lagi semangat dan meneguhkan lagi pendirian saya ini (pembiayaan bank Islam haram) adalah apabila mendengar penceramah pertama dipersidangan tersebut Dr. Umar Vadilliodengan lantangnya menyatakan bahawa perbankan islamik itu "double" haram. Diikuti pula oleh Sheikh Imran Hosein yang bersependapat sedemikian. Pada hari kedua pula Dr. Aziuddin dari KUIS pula menyatakan perbankan islam "triple" haram. Di sini saya ingin berkongsi maklumat dan mengajak rakan-rakan merenung kembali berfikir samada islamikkah perbankan islamik itu dengan amalan-amalan perniagaan yang mereka lakukan dan juga mengapa tokoh-tokoh di persidangan riba' ini menyatakan sedemikian.
Di sini saya ingin berkongsi maklumat dan mengajak rakan-rakan merenung kembali berfikir samada islamikkah perbankan islamik itu dengan amalan-amalan perniagaan yang mereka lakukan dan juga mengapa tokoh-tokoh di persidangan riba' ini menyatakan sedemikian.
Dr. Umar Vadillio dengan lantangnya menyatakan perbankan Islam adalah dua kali (double) haram dan patut ditutup, kerana apa? Kerana menurut beliau perbankan Islam telah menghalalkan apa yang haram iaitu mengenakan riba' dan mengaburinya dengan proses jual beli. Apa yang perbankan Islam lakukan adalah menukarkan nama sahaja ke atas urus niaga tetapi sebenarnya ianya adalah aktiviti yang sama iaitu riba' dan penindasan.
Saya ingin menarik perhatian rakan-rakan sekalian kepada satu hadis Nabi SAW yang menyatakan bahawa di akhir zaman di mana pengaruh dajjal telah bermaharaja lela, apa yang kelihatan amat berbeza dari realiti sebenar, baginda mengumpamakannya dengan air sungai yang sejuk dan juga api, apa yang kelihatan sejuk seperti air sungai adalah api yang panas dan sebaliknya, jadi mungkin apa yang dilihat suatu yang positif dari perbankan Islam ini adalah sebenarnya api yang sedang membakar umat Islam yang terpengaruh dengannya? Tidak cukup hanya dengan mata fizikal dan ilmu dunia sahaja untuk melihat realiti sebenar di akhir zaman ini, perlu ada usaha lain untuk melihatnya.
“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya”
Surah Al Imran 3:92
Nilai wang yang semakin menyusut disebabkan wang yang dikeluarkan tanpa sandaran Perbankan Islam Juga "Mencipta" Wang Tanpa Sandaran. Sebelum ke persidangan riba' yang lepas saya menganggap bahawa hanya wang deposit penyimpan di dalam perbankan Islamik sahaja yang akan dipinjamkan kepada peminjam, contohnya jika jumlah keseluruhan deposit penyimpan adalah 1 juta ringgit, maka hanya sejumah itu sahaja yang akan digunakan untuk membiayai pembelian untuk peminjam, akan tetapi apabila mendengar penjelasan dari pembentangan kertas kerja oleh beberapa panel di persidangan ini, maka tiadalah lagi keraguan akan ketidak Islamiknya perbankan Islam itu pada diri saya. Di dalam buku terbaru Real Money karangan Prof Ahamed Kameel Mydin Meera dari UIA juga jelas membangkitkan perihal aktiviti perbankan Islam ini yang mana jelas bersekongkol dengan perbankan konvensional merosakkan keseluruhan masyarakat, hanya sebahagian kecil sahaja yang mendapat manafaat darinya iaitu pekerja dan pemegang saham bank tersebut (dan juga kerajaan dari cukai yang diperolehi).
Asas perbankan konvensional dan Islamik adalah sama iaitu mencipta wang baru menerusi pinjaman melalui sistem pecahan simpanan (fractional reserve sistem), perbezaannya adalah perbankan Islam menggunakan wang yang baru dicipta itu tadi untuk tujuan yang kononnya berlandaskan "shariah", majoritinya adalah melalui konsep ijarah yang mana pinjaman diberikan menerusi proses membelikan sesuatu aset bagi pihak peminjam dan menjualkannya kembali dengan harga yang berlipat kali ganda.
Lihat contoh berikut, katakan terdapat 2 rumah yang sama harganya katakanlah RM300,000 dibiayai dengan pinjaman dan pembiayaan, iaitu satu secara konvensional dan satu lagi secara "Islamik" untuk tempoh 20 tahun, katakanlah kadar faedah adalah 6% yang mana digunakan terus oleh bank konvensional tetapi bagi perbankan Islamik ianya juga akan digunakan sebagai asas perkiraan harga rumah yang akan dijual semula kepada peminjam. Kedua-dua bank Islamik dan konvensional akan "mencipta" wang sebanyak RM300,000 melalui kira-kira perakaunan menggunakan sistem pecahan simpanan (fractional reserve system) dan wang yang baru dicipta ini bukanlah deposit dari penyimpan. Bank konvensional akan meminjamkan wang tersebut manakala Islamik bank pula akan membeli rumah dan menjualkannya semula kepada peminjam.
Bayaran bulanan bagi kedua-duanya adalah RM2,149.29 (untuk memudahkan perkiraan, selalunya bayaran bulanan perbankan islamik lebih mahal dari konvensional) untuk selama 20 tahun. Perbankan Islam akan meletakkan RM515,830.59 sebagai harga jualan rumah tersebut kepada peminjam. Perbezaan sebanyak RM215,830.59 dikira sebagai bunga bagi perbankan konvensional dan keuntungan bagi perbankan islamik. Kedua-dua bank mencipta RM300,000 dengan hanya kira-kira perakunan akan tetapi keuntungan bagi pihak perbankan islamik telah pun tersedia. Supaya anda lebih memahaminya lagi mari kita lihat baki pinjaman selepas 10 tahun.
Menerusi perbankan konvensional baki selepas 10 tahun adalah sebanyak RM193,594.77 manakala bagi pembiayaan islamik pula adalah RM257,914.80. Disini dapat dilihat akan perbezaan baki yang mana bagi perbankan islamik lebih banyak dari perbankan konvensional sebanyak RM64,320.03. Dan jika peminjam mahu menjelaskan pembiayaan tersebut pada masa tersebut, peminjam perbankan terpaksa membayar harga yang lebih kecuali mendapat ihsan diskaun dari pihak bank. Mungkin sebab itu jugalah hampir kesemua perbankan konvensional berlumba-lumba membuka bahagian perbankan islamik kerana mereka tahu ianya lebih memberi dan menjamin keuntungan. Mungkin ada yang berkata sekurang-kurangnya jika BLR naik peminjam perbankan islamik akan terjamin, ini tidak seperti yang disangkakan sebenarnya kerana keuntungan perbankan islamik sudah pun terjamin jika kita lihat dari perkiraan diatas. Perbankan islamik sebenarnya lebih menjaga kebajikan mereka sendiri berbanding peminjam dan ini yang gagal dilihat oleh kebanyakan masyarakat.
Masalah terbesar sekarang ini sebenarnya lebih terletak kepada bagaimana wang pembiayaan itu yang "dicipta" "out of thin air" iaitu atas angin dan tidak berdasarkan suatu yang punyai nilai, hanya bersandarkan kepada janji peminjam untuk membayar balik. Jika RM1000 dipinjamkan pada kadar 10% setahun, selepas setahun RM100 yang dikenakan dianggap riba', bagaimana pula dengan RM1000 yang dicipta tanpa bersandarkan suatu yang bernilai dan secara automatiknya memberikan kuasa membeli tanpa risiko 10 kali lebih banyak dari riba' itu sendiri,bukankah itu riba' yang lebih besar? Ini yang wajib difikirkan semula oleh seluruh masyarakat lebih-lebih lagi oleh cerdik pandai islam yang menyokong perbankan islamik itu sendiri.
Pada pendapat saya, syariahnya perbankan slam itu hanya dilihat dari sudut hubungan antara pelabur dan juga pihak bank sahaja, manakala kebajikan pihak peminjam mahupun masyarakat samada sedikit ataupun tidak langsung diambil kira. Tidak kiralah samada bank islam membeli rumah dan menjualnya semula dengan harga yang lebih tinggi kepada peminjam ataupun bank konvensional meletakkan pembayaran pinjaman beserta faedah, dalam kedua-dua kes jumlah wang yang terpaksa dipulangkan kembali kepada bank oleh peminjam akan senantiasa tidak mencukupi kerana ianya melebihi jumlah wang yang dikeluarkan pada asalnya. Akibat dari ini masyarakat terpaksa bersaing sesama sendiri untuk mengumpul sejumlah wang yang mungkin bagi membayar balik pinjaman, contohnya jika 100 ribu dipinjamkan dan 110 ribu terpaksa dipulangkan, dari mana datangnya 10 ribu itu tadi? Ianya tidak wujud kecuali lebih banyak lagi pinjaman diberikan yang mana melaluinya wang baru akan dicipta. Apa terjadi apabila masyarakat terpaksa bersaing untuk mengaut sebanyak mana wang yang mungkin untuk membayar balik hutang yang berganda banyaknya dari jumlah asal? Masyarakat akan menjadi lebih pentingkan diri sendiri, kedua ibu bapa terpaksa keluar bekerja, anak-anak semakin terabai dan pelbagai lagi masaalah sosial.
Pastinya anda seorang yang buta matanya jika tidak nampak keadaan ini berlaku kepada masyarakat kita hari ini? Bandingkan kemajuan masyarakat islam Malaysia khasnya dan sedunia amnya selama berbelas tahun perbankan islamik ini bertapak, adakah masyarakat islam semakin maju? Ya semakin maju meninggalkan Islam dan bukan sebaliknya.
Bagaimana pula dengan inflasi yang mengurangkan kuasa membeli masyarakat dengan penciptaan wang tanpa sandaran yang dilakukan oleh perbankan islamik ini? Bukankah itu satu penganiayaan dan penindasan kepada semua golongan masyarakat baik Islam atau tidak dan golongan manakah yang paling teruk merasakan bahana inflasi itu? Tidak lain tidak bukan mereka yang kurang bernasib baik terutamanya golongan miskin. Bagi yang berjawatan, berpangkat, punyai kerja tetap dan naik gaji saban tahun, itu tidak jadi masaalah. Sebab itulah boleh saya katakan kebanyakan mereka yang beriya-iya menyokong perbankan islamik ini adalah muslim dari golongan sebegini. Mereka tidak dapat melihat kesan sebenar tindakan institusi perbankan baik islamik atau konvensional ini kepada keseluruhan masyarakat. Maaf saya katakan mereka ini seolah-olah sudah dibutakan oleh keselesaan mereka sendiri.
http://www.muslimconsumer.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=209:info-qislamikqkah-perbankan-islamik&catid=62:info-pengguna&Itemid=245
Thursday, May 26, 2011
Thursday, April 14, 2011
DOA YANG DIMAKBUL
Selalu kita rasakan doa yang dipohon seolah-olah tidak diperkenankan oleh ALLAH SWt. Namun, adakah doa kita itu benar-benar ditolak?
Menurut sesetengah kitab, sebenarnya doa manusia yang mencukupi syarat telah pun diperkenankan oleh ALLAH SWT tetapi dalam tiga bentuk:
Diperkenankan doanya ketika di dunia, dengan diberikan apa sahaja hajatnya.
Doanya telah diperkenankan, tetapi hajatnya itu disimpan dan akan diberi di hari akhirat.
Doanya telah diperkenankan, tetapi bukan dengan diberikan apa yang diminta, tetapi dengan cara diselamatkan dirinya dari bala bencana, kesihatan dan sebagainya.
Daripada Abi Sa'id, sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam : "Tidak ada seorang pun muslim yang berdoa kepada ALLAH AZZA WA JALLA, dengan doa yang tidak berunsurkan maksiat atau memutuskan hubungan darah, melainkan diperkenankan oleh ALLAH SWT salah satu antara tiga: samada dipercepatkan doanya di dunia, atau disimpan untuknya di hari Akhirat, atau dihindari daripada dirinya satu keburukan seumpamanya".
Apabila para sahabat mendengar ucapan Baginda itu, mereka lantas berkata : "Kalau begitu Rasulullah, kita perlu banyakkan berdoa!". Kata Baginda : "Demi ALLAH, banyakkanlah berdoa". (Riwayat Ahmad)
Justeru, manusia selalu tidak menyedari, doanya telah diperkenankan oleh ALLAH SWT, tetapi dalam bentuk lain. Dia perlu meyakini apa yang ditentukan oleh ALLAH itulah yang terbaik untuk dirinya di dunia dan akhirat.
DOA YANG TIDAK MAKBUL
Dalam salah satu hadith dijelaskan bagaimana sifat dan bentuk doa yang diperkenankan ALLAH . Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Apabila kamu meminta kepada ALLAH bermohonlah dalam keadaan kamu yakin sepenuhnya akan dikabulkan Tuhan. ALLAH tidak memperkenankan doa seorang hamba yang hatinya lalai."
Seorang ulama sufi yang terkemuka iaitu Ibrahim Bin Adham yang hidup pada abad ke-lapan, pernah memberikan huraian tentang sebab-sebab doa seseorang tidak diperkenankan Tuhan. Tatkala berkunjung ke Basrah, beliau menerima pertanyaan dari sebahagian penduduk : "Kenapakah nasib kami masih belum berubah, pada hal kami selalu berdoa, sedangkan ALLAH menjanjikan dalam AL-Quran akan memperkenankan doa setiap orang yang bermohon?
Ibrahim Bin Adham memberikan jawapan bahawa sebab-sebabnya (10 sebab) adalah,
Pertama: Kamu tidak menunaikan hak ALLAH . Kamu kenal ALLAH tetapi tidak memenuhi hak-NYA. Hak ALLAH SWT yang paling utama ialah untuk disembah. Setiap orang wajib mensyukuri nikmat yang dilimpahkan ALLAH kepadanya dengan cara menyembah-NYA dengan sebenar-benar dalam erti ibadah. Bagaimanakah TUHAN akan memperkenankan doa seseorang hamba sekiranya TUHAN menyuruhnya untuk berjalan ke kanan tapi hamba-NYA memilih untuk berjalan ke kiri.
Kedua: Kamu tidak mengamalkan isi AL-Quran. Kamu sentiasa membaca AL-Quran tapi tidak kamu amalkan isi-isiNya. Kitab Suci AL-Quran sentiasa dibaca, dilagukan dengan bermacam-macam wajah tetapi isiNya tidak dipelajari dan dihayati. Kalau pun ada satu dua ayat yang dapat difaham, namun tidak pula diamal malah kadang-kadang dengan sengaja dilanggar.
Ketiga: Kamu tidak mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. Kamu selalu mendakwa cinta kepada Rasulullah s.a.w. tapi kamu tinggalkan sunnahNya. Rasulullah s.a.w. menunjukkan jalan yang lurus tapi tidak sedikit manusia yang memilih jalan yang bengkok. Kadang-kadang ada juga yang katanya mengikuti Sunnah Rasul tapi apa yang dikerjakannya itu bertentangan dengan apa yang dilakukan atau digariskan oleh Rasulullah s.a.w., masih lagi mengikuti perkara-perkara khurafat yang bukan dari AL-Quran atau As-Sunnah yang sahih.
Keempat: Kamu patuh kepada syaitan. Kamu sentiasa menyatakan bermusuh dengan syaitan tapi kamu patuhi dia. Syaitan itu adalah musuh manusia yang selalu berusaha menjatuhkan anak Adam ke lembah kehinaan dengan jalan mempengaruhi nafsu manusia yang jelek. Dalam pergaulan hidup sehari-hari kebanyakkan manusia berlutut kepada syaitan dengan memperturutkan hawa nafsu yang buruk. Seharusnya manusialah yang menguasai nafsunya dan dengan sikapnya itu dia akan berjaya mengalahkan godaan syaitan.
Kelima: Kamu menerjunkan diri sendiri ke jurang kebinasaan. Kamu selalu berdoa supaya terhindar dari api Neraka tapi kamu sendiri lemparkan dirimu ke dalamnya. Kamu selalu bergelumang dengan perbuatan maksiat dan kesalahan sambil menghimpunkan bergunung dosa untuk diazab di kubur, di akhirat dan di Neraka.
Keenam: Kamu ingin masuk Syurga tetapi kamu tidak beramal untuknya. Kamu selalu berdoa dan impikan Syurga tapi kamu sendiri tidak mempunyai simpanan pahala sebagai imbuhan kepadanya.
Ketujuh: Kamu sedar akan mati tetapi tidak bersiap sedia menghadapinya. Kamu mengaku bahawa Malaikat Maut pasti datang pada bila-bila masa. Kamu juga mengakui dan insaf bahawa hidup di dunia ini hanya sementara dan hidup di akhirat kekal abadi. Namun hakikatnya kamu leka dan asyik dengan kehidupan ini.
Kelapan: Kamu melihat keaiban orang lain, namun keaiban sendiri kamu tidak nampak. Kamu sibuk memikirkan dan menilai saudara-saudaramu, seolah-olah menuding jari kepada orang lain. Tetapi amat jarang menghadapkan telunjuknya kepada dirimu sendiri.
Kesembilan: Kamu mengecap kenikmatan anugerah ALLAH SWT tetapi tidak pernah bersyukur dengan-NYA. Sejak kecil kita menikmati berbilion-bilion kurniaan ILLAHI namun tidak pandai berterima kasih. Malah kadang-kadang membangkang ALLAH SWT dengan menunjukkan sikap sombong, bongkak dan lupa daratan.
Kesepuluh: Kamu menguburkan jenazah kenalanmu tetapi tidak pula menginsafkan diri. Kamu menguburkan orang yang mati tapi kamu sendiri tidak mengambil iktibar dari kematian itu. Kamu turut menghantar jenazah itu sampai ke kubur, tapi malang jarang sekali kamu memikirkan bahawa hari ini kita menghantar orang ke kubur, mungkin esok lusa kita pula akan dihantar orang.
Demikianlah sepuluh sebab mengapa doa seseorang itu tidak diperkenankan ALLAH SWT menurut butir-butir hikmah Ibrahim bin Adham.

Thursday, March 31, 2011
Tujuh Pintu Neraka Jahannam
Neraka tempat penyiksaan yang sering disebut dengan nama Jahannam. Jahannam itu memiliki 7 pintu dan setiap pintu telah ditetapkan untuk golongan tertentu dari para makhluk-Nya. Sesetengah pendapat ulamak tafsir menyatakan 1 hari di akhirat adalah seperti seribu tahun di dunia. wallahua'lam.
Terdapat beberpa kitab yang memberikan gambaran kasar mengenai Neraka Jahannam ini:
Neraka Jahannam itu mempunyai 7 tingkat.
Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah.
Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung.
Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah.
Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik.
Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak.
Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum.
Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular.
Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai.
Di setiap rantai dipegang oleh 70,000 malaikat.
Tujuh Nama Pintu neraka yang disebutkan di dalam Al Qur'an adalah:
Neraka Jahiim
Neraka Hawiyah
Neraka Wail
Neraka Sa'iir
Neraka Ladhaa
Neraka Saqar
Neraka Hutomah
Riwayat dari Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail a.s. telah datang kepada Nabi s.a.w. pada waktu yang ia tidak pernah datang dalam keadaan berubah kerut di wajahnya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w.: ‘Mengapa aku melihat kau berubah muka?’ Jawabnya: ‘Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat ALLAH S.W.T. memerintah supaya dikhabarkan tentang nyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, siksa kubur itu benar, dan siksa ALLAH S.W.T. itu amat dahsyat untuk mereka bersuka-suka sebelum selamat daripadanya.'
Lalu Nabi s.a.w. bersabda: ‘Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam. Jawabnya: ‘Ya. Ketika ALLAH S.W.T. menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia menjadi hitam gelap, tidak pernah pula padam nyala dan baranya.
Demi ALLAH S.W.T. yang mengutus engkau dengan hak, seandainya terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat terbakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi ALLAH yang mengutus engkau dengan hak, seandainya satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panasnya.
Demi ALLAH yang mengutus engkau dengan hak, seandainya satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.
Demi ALLAH yang mengutus engkau dengan hak, seandainya seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya.
Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya daripada besi dan minumannya pula adalah air membuak-buak bercampur nanah dan pakaian ahlinya daripada api.
Nabi s.a.w. bertanya: ‘Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?’ Jawabnya: ‘Tidak, ia selalu terbuka, setengahnya di bawah yang lain, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.’ (maksudnya yang lebih bawah adalah lebih panas.)
Tanya Rasulullah s.a.w.: ‘Siapakah penduduk masing-masing pintu?’ Jawab Jibrail a.s.: Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun yang dinamakan sebagai Neraka Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Neraka Jahim. Pintu ketiga tempat orang-orang murtad bernama Neraka Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikut-pengikutnya dari kaum majusi bernama Neraka Ladha. Pintu kelima untuk orang-orang yahudi yang dinamakan Neraka Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara yang bernama Sa’eir.’
Kemudian Jibrail diam sehingga ditanya oleh Rasulullah s.a.w.: ‘Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?’ Jawabnya: ‘Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari kalangan ummatmu yang matinya sebelum sempat taubat diterima ALLAH S.W.T.’
Maka Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail a.s. meletakkan kepala Nabi s.a.w. di atas pangkuannya sehingga kembali sedar. Dan sesudah sedar Nabi s.a.w. bersabda: ‘Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedih diriku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?’ Jawabnya: ‘Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu.’
Kemudian Nabi s.a.w. menangis, dan Jibrail a.s. pun turut menangis. Kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali tanpa berbicara dengan sesiapa. Dan apabila Baginda solat, Baginda sering menangis dan memohon kepada ALLAH S.W.T. .(dipetik dari kitab ‘Peringatan Bagi Yang Lalai)
Pengajaran dari Hadith Qudsi ini: Bagaimana kita masih boleh berbuat maksiat sedangkan diri kita ini tidak mampu berdiri dan bertahan lama di bawah teriknya panas mentari dunia ALLAH S.W.T?

Sunday, January 9, 2011
NILAI RM 1.00 YANG PENUH BERHARGA - fenomenasyid.blogspot.com
Sedang aku surfing internet terjumpa plak blog ni. Post kat blog ni agak menarik untuk aku kongsi dengan kawan-kawan semua. Enjoyies!!!
Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak. Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang.
"Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini...?" kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sengsara.
Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata.
Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif.
"Jika ada duit, adik nak makan apa?" tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita-cita sikecil itu jika punya cukup belanja.
"Roti canai..." jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang menunduk malu. Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli. Biarlah malam ini saya merasa pula.
Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang masing-masingnya tidak ada di rumah.
Tidur untuk menahan lapar
Saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi.
Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa dan kesalahan saya selama ini.
Tiba-tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi.
"Nah, kami teringat kat Azamin, saja beli nasi goreng lebih," kata jiran, sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu.
Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam itu...hanya kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma.
Benarlah kata orang dan ahli agama, bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak di dunia, akhirat kelak, saham kita akan bercambah-cambah.
Itu kejadian pertama, lalu muncul pula kisah kedua, antara peristiwa aneh daripada pengalaman hidup saya yang cukup sulit, perit dan sakit.
Keperitan dilalui sehingga pernah saya bekerja mencuci kereta, menjadi pelayan di kedai makan, mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti 'Ah Long', menjadi pengawal keselamatan dan 'house-keeping' di resort dan aneka kerja untuk meneruskan kehidupan di ibukota.
Pernah dua hari, saya sekadar meneguk air sejuk semata-mata lantaran tiada wang untuk menjamu selera.
Ada juga kalangan kawan-kawan yang menawarkan 'kerja', namun saya tolak kerana menjadi 'pusher' dan jual paket-paket ganja, jadi 'bouncer' di kelab malam dan upah 'menarik' kereta mewah adalah kerja-kerja yang mengundang padah.
Saya rela berlapar daripada menempah bahaya dan memalukan ayah bonda. Saya yakin, jika kita mengelak, Allah akan pasti membantu kita.
Seperti kisah, ketika saya bekerja di sebuah syarikat saham di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Pendapatan saya dikira agak boleh tahan jika dicampur dengan kerja lebih masa sehingga subuh hari.
'Tak boleh sembahyang Jumaat!'
Saya bekerja di bahagian 'script processing' dan 'data entry'. Masa itu, masih wujud sijil-sijil saham jenis kepingan kertas yang perlu dikira satu persatu sehingga mencecah ribuan setiap hari.
Suatu hari, ketika saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat Jumaat kira-kira jam 2.45 petang, seorang pegawai muda menengking saya dengan tidak semena-mena.
"Kenapa baru balik? Pergi mana?" jerkahnya.
"Sembahyang. Hari inikan Jumaat," saya jelaskan dengan santun.
"Sembahyang banyak lama ka? Kawan-kawan awak pun tak sembahyang, lain kali tak payah pergi sembahyang!"katanya tidak puas hati.
Ya, salah kawan-kawan saya juga yang sebilangannya jika hari Jumaat akan 'solat' di Pertama Kompleks, Bukit Bintang dan mana-mana tempat mereka lazim 'bersidai'.
"Apa?!! Tak payah sembahyang? Tak pa, sekarang juga saya berhenti!!!" kata saya melawan sambil meninggalkan pegawai itu terkebil-kebil sendiri. Kejadian itu disaksikan oleh ramai rakan-rakan saya, yang juga tidak sembahayang.
Pada saya, rezeki milik Allah, dan bekerja mestilah diredhai oleh-Nya. Alhamdullilah, saya menganggur hanya seminggu sahaja, apabila seorang "Remiser" mengambil saya berkerja sebagai "Asistant" di syarikat yang sama, dan saya berurusan dengan mamat pegawai ini dalam suasana yang berbeza - bukan di bawah telunjukknya lagi.
Kembali kepada kisah ajaib yang berlaku kepada saya.Tetapi, bagi Tuhan yang Maha Kuasa ianya, tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa yang Dia mahu. Yang pasti, pintalah.
Suatu malam, saya sudah tenggelam punca. Maklumlah wang saya sudah habis. Bukan sebab berfoya-foya, membeli itu ini sesuka rasa tetapi gaji yang diterima cukup-cukup makan saja. Lebih parah, esok untuk ke tempat kerja, tambang bas pun tidak ada. Untuk meminjam, saya sudah tidak sanggup menebalkan muka.
Saya hamparkan sejadah, solat sunat dua rakaat. Inilah antara pesan yang ditinggalkan oleh ibu yang tercinta dan arwah guru saya.
"Jika kau susah sangat, solatlah dua rakaat dan pintalah pada Allah apa yang dihajat," ingat mereka kepada saya.
Teresak-esak saya menangis. Tak tahu nak dikatakan apa lagi. Malu pada Tuhan yang amat. Ada kala saya tidak mensyukuri nikmat. Saya tidak tahu kemana lagi hendak dituju. Untuk bergantung kepada manusia, saya sudah tidak mampu. Aib dan cukup-cukup malu!
Bak kata seorang sahabat Nabi tentang kemiskinan yang dilaluinya...
"Jikalau aku diam, aku akan lapar, jika aku bersuara untuk berhutang, aku menambahkan malu di muka."
Ya, begitulah juga dengan saya...hanya pada Allah saya berharap. Seusai bermunajat, ambil sebuah Quran kecil milik saya untuk membasahkan lidah dengan surah-surah kalimah Allah buat menenang jiwa yang resah.
Tatkala membuka helaian demi helaian Quran itu, tiba-tiba terselit sekeping wang RM50.00 di situ. Berjurai air mata saya, lantaran kesyukuran kerana Allah membantu saya dengan cara yang tidak disangka-sangka...
Ini bukan kisah rekaan, malah saya percaya Allah juga pernah dan telah membantu manusia-manusia di luar sana hatta pembaca dengan jalan penyelesaian yang tidak diduga.
Ada dengan cara fitrah manusia, ada dengan cara logik akal, ada yang lambat, ada yang cepat dan ada yang tidak dijangka-dijangka dan mustahil diterima waras manusia...itulah Allah, yang amat menyayangi hamba-Nya.
Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama hamba-Nya yang bersangka baik dan taat pada-Nya.
Seperti sebuah hadis Qudsi ertinya: Allah menyebut: "Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu."
Isteri menangis, anak tersenyum sehingga lena
Sekitar tahun 2002, Allah juga pernah 'menyelamatkan' saya pada suatu malam ketika benar-benar kesempitan wang.
Malam itu, susu anak sulung saya habis. Berdebar jantung lantaran, hanya kepingan-kepingan syiling saja yang tinggal. Saya dan isteri juga, tidak menjamah walau secebis makanan.
Tiba saat yang cukup perit dan payah untuk dihadapi tatkala, si comel saya merapati ibunya, minta dibuatkan susu. Ketika itu isteri saya sudah tidak sanggup melihat keadaan itu.
Saya dengan hati yang luluh, lantas mencapai botol susu lalu menuangkan air suam ke dalamnya.Anak sulung saya, berkerut kehairanan kerana botol susu itu tidak berwarna, tetapi berkaca sama seperti air mata ayah dan ibunya.Namun tanpa banyak rengekkan, dia capai lalu menghisap botol tersebut.
Beberapa saat kemudian, dia berhenti lantas memandang saya...
Bimbang benar jika dia menjerit dan menangis malam itu kerana tidak dapat meminum susu. Alangkah aibnya saya, jika jiran semua tahu letak duduknya keadaan saya, sehingga anak menjerit kelaparan. Isteri saya juga panik, dan pucat kesi wajahnya menantikan reaksi si sulung seterusnya.
Saya bersabar menunggu detik itu...
Sambil memegang botol susu, anak sulung saya merenung wajah kami berdua seraya berkata :
" Mmm...sedap.."
Dan dia mengukirkan senyuman paling manis di wajahnya dan sudah cukup untuk 'mencarik-carikkan' nurani saya.
Aduhai, sebak terasa di dada. Isteri saya sudah tidak dapat menahan sedih, menangis semahu-mahunya. Si sulung kembali menyusu air suam sehinggalah terlena......
Sebenarnya, ujian-ujian yang Allah berikan ini sama ada kepada saya atau yang lain, adalah untuk menguatkan jiwa, iman dan keteguhan manusia menghadapi cabaran getir dan mengukuhkan lagi kebergantungan kepada-Nya.
Ketika menghadapinya terasa cukup sakit namun setelah berjaya melintasinya, ianya cukup nikmat. Pengalaman pahit umpama 'universiti terbaik' hidup kita selama ini.
Dan setiap ujian yang diberikan, adalah sesuai dengan kemampuan seseorang. Masalah-masalah saya, tidak diberikan dan berbeza kepada orang lain kerana khuatir mereka tidak dapat menanggungnya.
Begitu juga masalah mereka, tidak diberikan kepada saya, khuatir saya hilang punca dan tidak upaya menahan bebannya.
Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia seperti firmannya:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya�" (Al-Baqarah: 286)
Begitulah Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.
Adakala hidup ini dilalui dengan pelbagai himpitan, masalah, ujian namun kita tidak keseorangan dalam menghadapinya. Allah itu kan ada, mendengar rintihan kita.
Jika anda rasa, anda susah betapa ramai lagi yang tak pernah kenal erti apa itu lampu, pendingin hawa atau makanan enak menjilat rasa.
Atau sekadar menjamah pucuk-pucuk paku di belakang rumah atau sayur ulaman di kaki longkang. Baju lusuh bertukar warna, menjadi teman di Hari Raya. Mereka lebih derita dan lara.
Jikalau anda rasa hebat, sebenarnya ramailah lagi, jauh lebih hebat daripada anda. Esok anda hebat, lusa mungkin anda merempat. Belum tahu, justeru pintalah pada yang Esa agar perjalanan hidup anda sentiasa direstu dan dilindungi selalu.
Terus- terang saya katakan, di sebalik cabaran, dugaan dan asakan yang mendatang, adakalanya saya juga 'frust' dan tewas. Kecewa umpama 'mati' sebelum mati. Api juang adakala naik menjulang namun lazimnya padam dan kecundang.
Di sebalik tulis-tulisan saya dan rintangan yang dihadapi, mahu sahaja saya berhenti daripada mencebis kata-kata namun surat-surat pembaca dan puluhan email yang saya terima, 'menghidupkan' saya semula. Semua ini dengan hidayah dan kekuatan yang tuhan berikan.
Kata seorang tua kepada saya, sebanyak mana orang menyukai kita, mungkin sebanyak itulah orang membenci kita. Justeru janganlah kita mendabik dada, kerana dunia ini pinjaman semata-mata.
Ada pembaca yang menceriakan saya, ada yang lebih susah hidupnya dan lebih hebat pengorbanannya malah tidak kurang juga yang menegur dan mengkritik saya.
Sesungguhnya, pandangan, dan teguran pembaca dan cerita-cerita mereka, menyuntik semangat di dada yang adakalanya kecundang secara tiba-tiba.
Syukur kepada Allah, memberi kekuatan kepada saya dan terima kasih kepada pembaca, peminat dan pengkritik yang telah menyedarkan lena dan duka saya yang panjang...
"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "innalillahi wa inna ilaihi raji'un" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)." (Al-Baqarah: 155-156).
Sumber : HARAKAH DAILY

Friday, January 7, 2011
2011
Selamat Tahun Baru 2011!
Rasanya x terlambat lagi nak ucap selamat tahun baru kot! Sorry dah lama x update blog ni. Biasalah dah hujung tahun ari tu banyak perkara yang nak disettlekan.
Azam baru? Hanya sambung azam tahun lepas je! Tapi with some improvement and enhancement le.
End of 2010 macam2 yang berlaku. My daughter Arina managed to score straight As for her PMR. Alhamdulillah! Very proud of her sebab dia belajar kat sekolah harian je dekat our house but she managed to score 9A. Congratz juga to her study partner Intan who got the same result. Sekolah kampung kan, only 5 pupils yang dapat straight As out of 130+ students. But this is a proof that what ever school you go, the most important thing your desire for your study. Belajar kat langat ke 7 pun kalau x nak belajar x jadi jugak (ofcourse lepas kena lecture dgn mak bapak biasanya baru sedar..he..he..).
PMR is over and SPM just around the corner... so buckle up and start studying!
Amirah is doing fine with her study too... this year tahun 5 and UPSR tahun depan. So jangan banyak sangat berFB!
End of 2010 pun every weekend ade je orang kawin! Ofcourse le gantung kuali & periuk. Tapi kalo selalu sangat bosan gak. Lauk kat rumah orang kawin ni semacam je semua nye! Nasib x baik dapat lauk yang dah basi!!! Memang ade pun kes we all balik rumah tercirit-birit!
Tahun 2010 memang pecah rekod pi tengok wayang! Tahun2 lepas boleh dikatakan x pi langsung; paling2 pun sekali setahun. Tapi tahun lepas 2 kali beb! So, pecah rekodlah tu kan? Mula2 hari tu Magika (den dah buat review skit dalam blog nih) dan yang terakhir Hantu Kak Limah Balik Rumah! Meletop!
Cite ni memang lucu gile. Dah lah nak dapat tiket susah asyik full house je nasib baik dapat kautim dengan budak cashier tiket tu, dapat gak aku sekeluarga nonton. Kalau x free2 je kena balik. Cite ni memang best gile memang berbaloi-baloi! Amaran: Sila bawak sapu tangan yo, sebab ketawa sampai keluar airmato! Satu lagi bawa minyak angin sebab nanti pipi sengal sebab ketawa dari mula hingga akhir!
So, tahniah Mamat Khalid cite tu memang best!
End of 2010 juga barulah dapat tunai janji pd pelajar cemerlang UPSR 2009 SK Mantin bawak pi naik kapalterbang AirAsia. Plan mula2 ke Langkawi tapi budget ciput so pi Pulai Pinang je. Kesemua pelajar2 ni x pernah naik kapalterbang so memang excited sokmo! Alhamdulillah akhirnye tertunailah janji PIBG SK Mantin; pelajar2 yang x jadi nak ikut tu memang rugilah... sempat makan laksa penang, pasembuq dan beli jeruk kat pasar jeruk! Kalau ade rezeki nanti kita offer lagi!

Thursday, October 28, 2010
Nilai sebuah kebebasan!!!
Gempak? Tajuk tu macam serius sangat kan? ni bukan tajuk novel, skrip drama @ filem, jauh sekali tajuk buku den (x tahu bila buku yang den rancang ni nak siap).sekadar nak kongsi pemerhatian masing2 tentang alam pekerjaan dan profesion masing2!
Bukan nak mencemuh atau mengata ye, saja-saja nak membuat refleksi atau muhasabah diri den. Kalau kita lihat semua orang sibuk dengan kerjaya masing2 adekalanya kita x ade masa untuk memikirkan tentang amal ibadat, anak2, keluarga, saudara-mara maupun jiran tetangga.
Biasanya kalau orang tanya "Mana lama x nampak?" Jawapan klise kita "Sibuk, kerje".
Tulah ada yang kerja siang malam, x juga kaya2. Ade yang kaya pulak kerja ala kadar je. Ada jugak yang gaji lima angka tapi meeting 24 jam, 7 hari seminggu! Pendek kata busy kecik memanjang!
Ada jugak yang gaji kecik tapi kerja besar. Tak kurang gak gaji besar kerja pun besar gak; asyik overtime aje......
Kalau makan gaji dengan orang lain memanglah macam tu... ade yang sampai stress; nampak tua sebelum waktu. Nak berenti keje takut dapur x berasap plak..... nak x nak kenalah tunggu.
Kalo nak keje senang; keje gomenlah. Tapi nak jadi kayo rayo x delah. Tapi senang tu ade.... selain dari pelbagai kemudahan yang gomen sediakan! Tapi ade plak yang kata keje gomen ni x challenging.... So, terpulang pada masing2!
Den dulu keje gomen gak.... tapi dah patah hati, den opt keje sendiri!Buat bisnis kecik2.... Mula2 tu pedih gak.... macam2 dah rasa! Buat tu x kena, buat ni x menjadi... tension gile masa tu! Masas tu dah berkeluarga... tanggungan plak dah bertambah. Nasib baik le orang rumah den keje gomen, boleh lah bantu!!!
Nak pendekkan cite,tergerak hati nak buka company.... akhirnye kat sinilah den! Keje sendiri je... freelance! Training ict, website dan kerja2 yang sewaktu dengan nye! Kerja sendiri ni kena pandai built relation dengan klien! Kalo dah baik dengan klien x payah kite cari..... klien rekomenkan job!!! Cantik!
Ade opis kecik satu; but most of the time kerja kat rumah je. FREEDOM! Masa den yang punya - no stress (kalo x de job stress jugak, he..he..)Tak payah nak mintak cuti atau MC. Tapi keje sendiri ni sebenarnye kerja FULL TIME! Tapi kalau x pandai bahagikan masa u boleh FOOL THE TIME!
Risiko memang banyak, kwsp & socso x de.... so anything happen sendiri mau ingatlah!So, selain dari kerja2 tersebut kat atas aku memang mencari business yang boleh menghasilkan residual income @ pasive income! ade a few mlm business yang den tengok2; contohnye Omegatrend.
Masa mula2 buat Omegatrend x sampai 3 bulan aku qualified for overseas trip.... best tuh. Malangnya a few months bila balik dari trip tu Omegatrend bungkus dan diambil alih oleh New Image (company yang jual susu Alpha Lipid). So there goes my Omegatrend!
Selepas tu adelah a few mlm program yang orng perkenalkan contohnya Uptrend (x tahu ape company ni jual), Niche Express (upline plak x commited),Gamat Emas (terpaksa masuk sebab my mom upline dia)! Tapi company ni memang tak 'click' langsung dengan aku punya interest - especially when you have to sell and mantain certain amount of money every month! I just don't feel happy or comfortable doing it!
Until masa hari raya puasa lepas this lady from singapore (my friend's auntie) datang beraya kat rumah. Biasalah i'm sceptical kalo ade sape2 yang nak cite pasal mlm ni.... sebab the impression is kalo orang ajak you join sebab sebenarnye dia dapat portion bila kita join in! So cakaplah ape2 pun den will say NO at the end!
But wait eh! Program ni macam best pulak. Every year paling2 sekali mesti aku bawak keluarga pi bercuti.... kalau bajet lebih pi luar negara, kalo bajet ciput dekat2 dalam negara jelah! Program ni pulak ade kaitan dengan pi bercuti.... kat situ je dah mula CLICK tapi pengerasnye brape pulak????
Lady ni Pn Hamidah cakap aku join je aku terus dapat voucher penginapan 8h/7mlm kat mana2 je di seluruh dunia. So den mintak bukti mana2 hotel kat Malaysia ni yang boleh aku pergi.... wah, berlambak.... semuanye lebih murah dari yang sepatutnye! Infact aku boleh buat booking sendiri dari back office website aku sendir! Wallah... hebat tuh! So den pendekkan cite den pun join and book my percutian this December!
So ni mukadimah je nih...... sat lagi bila2 free den explain lak macam mana den make money through this program dan lain2 keistimewaan berbanding dengan program2 lain yang den cakap kat atas tadi! Tadi ade kawan yang mintak dari Sabah nak stay kat kawasa sekitar Petronas Twin Tower; search punya search den jumpalah Ascott Kuala Lumpur cuma bayar RM460 untuk 4h/3m dengan breakfast for 2! Hebat tuh.
So ok, den ni kan mr mama..... nak kena keluar jap nak beli groceries! Senang2 aku post lagi!
Inilah kebebasan aku; boleh kerja di mana2, bila2 masa! Chow!

Monday, October 25, 2010
Magika!
Setelah puas merayu akhirnya aku akur juga dengan kehendak anak2 untuk membawa mereka menonton filem melayu Magika!Tarikh 24hb Oktober menandakan genap 1 bulan filem tersebut diputarkan di pawagam. Malangnya di Seremban putarannya telah berakhir jadi terpaksalah mencari pawagam yang paling dekat dengan Seremban.... selepas membuat sedikit carian, pawagam yang paling dekat ialah TGV Cheras Selatan!
AEON Cheras Selatan terletak di Balakong! Syarat untuk pergi menonton: Menonton filem Magika sahaja; no window shopping what so ever! Once they all setuju we all proceed to the location dlm pukul 10pagi dan sampai dekat2 pukul 11pg. Lokasi agak menarik,dan terus sahaja beli tiket! Dah lama x beli tiket wayang ... 2 adults at rm18, 1 child rm8 (madam x ikut sebab ade aktiviti lain dengan saudara-mara sebelah sana).
Sebelum masuk sempat beli popcorn, soft drinks, makanan ringan and mineral water! Seating at 11.20pg. since this is the last show (i guessed), x ramai yang menonton hanya kira2 separuh penuh cineplex! Based on review macam sedap je... so mari kita tengok how good Magika is!
Opening memang gempaklah... ala2 filem walt disney! Dan semangat untuk menonton memang membara. Sinematografi memang menakjubkan tapi seperti kebanyakan filem melayu yang lain memang x dapat larilah cacat cela sana sini. Yang paling2 irritating sekali ialah latar belakang yang jelas2 macam padang golf... wonder padang golf mana they all shooting siap nampak trek pejalan kaki lagi (kalau orang lain x perasan x tahulah).
Satu lagi kecacatan filem nih masa watak Pak Andeh sedang menyanyi dengan Mak Andeh x semena2 nampak pulak label yang baju melayu Pak Andeh pakai kat belakang tengkok dia! Nampak sangat baju beli.....! Yang lain2 rasanye ok!
Lagu best2 semuanye tapi jalan cerita straight to the point, dah boleh agak.Bila dah habis, aku tanya kat anak2 aku camne? Yang kecik kate best, yang besar pulak kata filem tu bolehlah... tapi x ade x factor atau dalam kata lain x ade umphhhh nye! Karektor2 yang muncul macam x ade fungsi; muncul hanya nak banyakkan watak dongeng. Entahlah tu pendapat anak2 sekarang.
Tapi pada aku Magika sebuah filem yang menarik dan menghiburkan. Tapi x bolehlah nak lawan filem luar seperti Narnia contohnye.Sungguhpun begitu ia membawa satu hala tuju dan pembaharuan dalam karya2 filem melayu. Aku memang salute dengan KRU, no wonder dapat anugerah filem terbaik di FFM pada ahad lepas.
Anyway tahniah untuk KRU dan sebelum we all balik anak2 sempat bisik kat aku, " Yah nanti kita tengok Narnia bulan Disember nanti yek?"
We'll see.....

Subscribe to:
Posts (Atom)