Sunday, July 25, 2010

Ramadhan Datang Lagi......

Salam semua.

Tajuk kat atas sebnarnye nak letak Hari Raya datang lagi, tapi bile pikir2 puasapun belum tu yang tukar tajuk tu. Nanti orang kata puasa pun belum dah cite pasal raya pulak.

Sebenarnya kehadiran bulan Ramadhan ni begitu sinonim dengan persediaan hari raya yang akan menyusul. Bulan puasa tu biasalah memang kita digalakkan menambah amal ibadah; rasanye x payahlah aku nak bagi nasihat pada sesapa.... sendiri mau ingatlah! Kang kata aku ni memandai2 nak bagi nasihat pulak.

Bila sebut tentang persediaan pada bulan Ramadhan ramai yang tanya kat aku ape yang boleh dibuat untuk menambah pendapatan..... sekurang2nye nak get ready dauit raya untuk bebudak & anak2 buah.

Kalo nak tau, den ni bukanlah pakar kewangan @ usahawan berjaya.... cuma biasa2 je. Layak ke nak bagi nasihat kat orang lain? Adik beradik pun kadang2 x nak pakai nasihat aku ni kan pulak nak bagi buah fikiran pada yang x ade pertalian darah daging langsung!

Tapi sebabkan ade orang tanya, aku cubalah juga bagi pendapat (kembang jugaklah bila ade yang mintak pendapat kite!!!! - aku anggap tu macam suatu compliment lah yo!)

Bile sebut bulan puasa biasenye ramailah yang membataskan kerja2 cari rezeki sebab nak tumpukan pada amal ibadat. Baguslah gitu; especially kalo kita memang dah ada stock RM yang berlebihan dalam simpanan! Tapi kalo setakat cukup2 je... kenalah usaha ape yang patut.

Bila bulan puasa ni jugaklah ramai kakitangan awam yang mintak balik awal; konon2 nak balik masaklah, buat persediaan berbukalah ..... hujung2 haram! Pukul 5ptg ade kat shopping kompleks...ish3X!

Biasenya musim nak sambut raya ni orang get ready untuk persediaan rayalah. Kalau tanya macam mana nak buat duit tambahan masa ni.... berniaga persiapan rayalah yang paling masyuk!Contohnya sape2 kat Seremban bolehlah berniaga kat Bazaar Ramadhan, Kompleks Bazaar MAINS. Sewa paling rendah sekali kat Seremban RM200 siap dengan canopy lagi.Tapi kono copek sebab 50% dah kena booking!

Kalo nak business kuih raya ade kawan2 yang bekalkan kuih2, cookies, kek, baju melayu, songkok, bunga2an kering, jeans dll. Ni semuo boleh dirunding. Just let me know.

Aku macam biasalah business moist chocolate cake & cookies; x raya pun business gak! Dah ade network2 yang distribute masa raya ni. Ni bukan buat promosi ye; tapi sapa2 yang nak buat business boleh contact aku. Biasanye network boleh buat RM1000++ hanya ambik order dari kawan2 & saudara-mara aje!

Selain tu business bunga api & mercun lagi masyuk! Tapi sori ye den x ado contact bab jual bungaapi & mercun nih!Kang x pasal2 jo kono masuk lokap.

Sape2 duduk kat kawasan perumahan business home service pun masyuk jugak dekat2 nak raya nih. Modal tulang 4 kerat je; amik fee (hallo x sebut upah ye.... nih keje pro) kemas kawasan rumah @ laman, bersihkan tingkap, cat dinding, bersihkan kipas & lampu, lanskaping dll. Kalo x nak buat kerja cari staff buat, u jadi mandor je.... Ape macam boleh x?

Sape2 pandai mengaji & agama tu boleh amik kontrak jadi imam kat surau2 selama bulan ramadhan. Selain beramal dapat juga RM. Bulan puasa ni gak ramai yang buat majlis berbuka puasa; so boleh buat katering kecil2an. Tapi kalo dapat klien yang loaded besarlah masyuk nye.

So, camne? Ok x idea2 den nih? So tunggu ape lagi, planlah cepat dan just do it! Dahlah yo, ceria2 selalu & selamat beramal!

Friday, July 16, 2010

Minyak Naik Lagi!!!

Salam semua.

Kisah harga barang naik ni memang agak sensitif. Tulah sekarang kerajaan tak benarkan media letak tajuk yang ada kena mengena dengan perkataan "NAIK". Kalau diperhatikan semua tajuk media tulis something like this... "Harga Baru...", "Realisasi Subsidi Harga Minyak", "New Fuel Price.." dll. Dalam senyap2 je harga naik.... so what tu do?

Bila sentuh kes kenaikan harga minyak & gula ni aku respect betul kat mak aku. Dia yang berniaga makanan kat warung memang x lah pernah2 naikkan harga. Pelikkan? Kalau spa-sapa yang makan kat warung mak aku ni harga makanan dia same je macam 10 tahun dulu tapi dia kata ada gak untung!

Tapi sebenarnya semua peniaga ada untung cuma untung kecik atau besar je! Tapi bila dikira-kira kalau berniaga nak untung besar sampai mencekik leher pelangan x guna jugak; nanti x berkat.

Bak kat mak aku, berniaga ni nak ambil berkat. Biar untung sikit tapi berpanjangan; dari untung besar tapi sekejap lepas tu bungkus!

So, oklah ye ade kerje lain nak disiapkan. Selamat beraml!