Thursday, October 28, 2010

Nilai sebuah kebebasan!!!

Gempak? Tajuk tu macam serius sangat kan? ni bukan tajuk novel, skrip drama @ filem, jauh sekali tajuk buku den (x tahu bila buku yang den rancang ni nak siap).sekadar nak kongsi pemerhatian masing2 tentang alam pekerjaan dan profesion masing2!

Bukan nak mencemuh atau mengata ye, saja-saja nak membuat refleksi atau muhasabah diri den. Kalau kita lihat semua orang sibuk dengan kerjaya masing2 adekalanya kita x ade masa untuk memikirkan tentang amal ibadat, anak2, keluarga, saudara-mara maupun jiran tetangga.

Biasanya kalau orang tanya "Mana lama x nampak?" Jawapan klise kita "Sibuk, kerje".

Tulah ada yang kerja siang malam, x juga kaya2. Ade yang kaya pulak kerja ala kadar je. Ada jugak yang gaji lima angka tapi meeting 24 jam, 7 hari seminggu! Pendek kata busy kecik memanjang!

Ada jugak yang gaji kecik tapi kerja besar. Tak kurang gak gaji besar kerja pun besar gak; asyik overtime aje......

Kalau makan gaji dengan orang lain memanglah macam tu... ade yang sampai stress; nampak tua sebelum waktu. Nak berenti keje takut dapur x berasap plak..... nak x nak kenalah tunggu.

Kalo nak keje senang; keje gomenlah. Tapi nak jadi kayo rayo x delah. Tapi senang tu ade.... selain dari pelbagai kemudahan yang gomen sediakan! Tapi ade plak yang kata keje gomen ni x challenging.... So, terpulang pada masing2!

Den dulu keje gomen gak.... tapi dah patah hati, den opt keje sendiri!Buat bisnis kecik2.... Mula2 tu pedih gak.... macam2 dah rasa! Buat tu x kena, buat ni x menjadi... tension gile masa tu! Masas tu dah berkeluarga... tanggungan plak dah bertambah. Nasib baik le orang rumah den keje gomen, boleh lah bantu!!!

Nak pendekkan cite,tergerak hati nak buka company.... akhirnye kat sinilah den! Keje sendiri je... freelance! Training ict, website dan kerja2 yang sewaktu dengan nye! Kerja sendiri ni kena pandai built relation dengan klien! Kalo dah baik dengan klien x payah kite cari..... klien rekomenkan job!!! Cantik!

Ade opis kecik satu; but most of the time kerja kat rumah je. FREEDOM! Masa den yang punya - no stress (kalo x de job stress jugak, he..he..)Tak payah nak mintak cuti atau MC. Tapi keje sendiri ni sebenarnye kerja FULL TIME! Tapi kalau x pandai bahagikan masa u boleh FOOL THE TIME!

Risiko memang banyak, kwsp & socso x de.... so anything happen sendiri mau ingatlah!So, selain dari kerja2 tersebut kat atas aku memang mencari business yang boleh menghasilkan residual income @ pasive income! ade a few mlm business yang den tengok2; contohnye Omegatrend.

Masa mula2 buat Omegatrend x sampai 3 bulan aku qualified for overseas trip.... best tuh. Malangnya a few months bila balik dari trip tu Omegatrend bungkus dan diambil alih oleh New Image (company yang jual susu Alpha Lipid). So there goes my Omegatrend!

Selepas tu adelah a few mlm program yang orng perkenalkan contohnya Uptrend (x tahu ape company ni jual), Niche Express (upline plak x commited),Gamat Emas (terpaksa masuk sebab my mom upline dia)! Tapi company ni memang tak 'click' langsung dengan aku punya interest - especially when you have to sell and mantain certain amount of money every month! I just don't feel happy or comfortable doing it!

Until masa hari raya puasa lepas this lady from singapore (my friend's auntie) datang beraya kat rumah. Biasalah i'm sceptical kalo ade sape2 yang nak cite pasal mlm ni.... sebab the impression is kalo orang ajak you join sebab sebenarnye dia dapat portion bila kita join in! So cakaplah ape2 pun den will say NO at the end!

But wait eh! Program ni macam best pulak. Every year paling2 sekali mesti aku bawak keluarga pi bercuti.... kalau bajet lebih pi luar negara, kalo bajet ciput dekat2 dalam negara jelah! Program ni pulak ade kaitan dengan pi bercuti.... kat situ je dah mula CLICK tapi pengerasnye brape pulak????

Lady ni Pn Hamidah cakap aku join je aku terus dapat voucher penginapan 8h/7mlm kat mana2 je di seluruh dunia. So den mintak bukti mana2 hotel kat Malaysia ni yang boleh aku pergi.... wah, berlambak.... semuanye lebih murah dari yang sepatutnye! Infact aku boleh buat booking sendiri dari back office website aku sendir! Wallah... hebat tuh! So den pendekkan cite den pun join and book my percutian this December!

So ni mukadimah je nih...... sat lagi bila2 free den explain lak macam mana den make money through this program dan lain2 keistimewaan berbanding dengan program2 lain yang den cakap kat atas tadi! Tadi ade kawan yang mintak dari Sabah nak stay kat kawasa sekitar Petronas Twin Tower; search punya search den jumpalah Ascott Kuala Lumpur cuma bayar RM460 untuk 4h/3m dengan breakfast for 2! Hebat tuh.

So ok, den ni kan mr mama..... nak kena keluar jap nak beli groceries! Senang2 aku post lagi!

Inilah kebebasan aku; boleh kerja di mana2, bila2 masa! Chow!

Monday, October 25, 2010

Magika!

Setelah puas merayu akhirnya aku akur juga dengan kehendak anak2 untuk membawa mereka menonton filem melayu Magika!Tarikh 24hb Oktober menandakan genap 1 bulan filem tersebut diputarkan di pawagam. Malangnya di Seremban putarannya telah berakhir jadi terpaksalah mencari pawagam yang paling dekat dengan Seremban.... selepas membuat sedikit carian, pawagam yang paling dekat ialah TGV Cheras Selatan!



AEON Cheras Selatan terletak di Balakong! Syarat untuk pergi menonton: Menonton filem Magika sahaja; no window shopping what so ever! Once they all setuju we all proceed to the location dlm pukul 10pagi dan sampai dekat2 pukul 11pg. Lokasi agak menarik,dan terus sahaja beli tiket! Dah lama x beli tiket wayang ... 2 adults at rm18, 1 child rm8 (madam x ikut sebab ade aktiviti lain dengan saudara-mara sebelah sana).

Sebelum masuk sempat beli popcorn, soft drinks, makanan ringan and mineral water! Seating at 11.20pg. since this is the last show (i guessed), x ramai yang menonton hanya kira2 separuh penuh cineplex! Based on review macam sedap je... so mari kita tengok how good Magika is!



Opening memang gempaklah... ala2 filem walt disney! Dan semangat untuk menonton memang membara. Sinematografi memang menakjubkan tapi seperti kebanyakan filem melayu yang lain memang x dapat larilah cacat cela sana sini. Yang paling2 irritating sekali ialah latar belakang yang jelas2 macam padang golf... wonder padang golf mana they all shooting siap nampak trek pejalan kaki lagi (kalau orang lain x perasan x tahulah).

Satu lagi kecacatan filem nih masa watak Pak Andeh sedang menyanyi dengan Mak Andeh x semena2 nampak pulak label yang baju melayu Pak Andeh pakai kat belakang tengkok dia! Nampak sangat baju beli.....! Yang lain2 rasanye ok!

Lagu best2 semuanye tapi jalan cerita straight to the point, dah boleh agak.Bila dah habis, aku tanya kat anak2 aku camne? Yang kecik kate best, yang besar pulak kata filem tu bolehlah... tapi x ade x factor atau dalam kata lain x ade umphhhh nye! Karektor2 yang muncul macam x ade fungsi; muncul hanya nak banyakkan watak dongeng. Entahlah tu pendapat anak2 sekarang.

Tapi pada aku Magika sebuah filem yang menarik dan menghiburkan. Tapi x bolehlah nak lawan filem luar seperti Narnia contohnye.Sungguhpun begitu ia membawa satu hala tuju dan pembaharuan dalam karya2 filem melayu. Aku memang salute dengan KRU, no wonder dapat anugerah filem terbaik di FFM pada ahad lepas.

Anyway tahniah untuk KRU dan sebelum we all balik anak2 sempat bisik kat aku, " Yah nanti kita tengok Narnia bulan Disember nanti yek?"

We'll see.....

Thursday, October 21, 2010

FB Anyone?

Semenjak dua menjak ni kegilaan kat FB memang menakjubkan! My whole family semuanya ade akaun FB, baik anak2 sampaikan ke madam den pun ade gak. Tapi bila tengok semua status kengkawan macam2 peel den tengok. Den pun sama gak amik kesempatan buat promosi apa yang patut!

Tapi ade kalanya bila dok layan status member2 ni nak tergelak pun ade gak. Especially yang dok baru mendirikan rumah tangga tuh! Tengah excited kot, melayari kehidupan berumahtangga!

Tapi janganlah over sangat bro! Ni sampai ade kisah2 dalam selimut pun nak bagi tahu orang. Bukan den ni anti kisah2 18sx tapi kan x manis kalo ade sedara mara, anak2 buah yang dok baca status yang x rated tuh!

Kalao nak jugak cerita kisah2 tu PM jelah pada mereka yang sepatutnya! Ade jugak dok darling marling kat status yang semuo orang boleh nampak! apa nak menunjuk kot?

Hallo... kisah perkahwinan 6 bulan x sama dengan orang yang dah lebih 15 tahun kawin dek non oi! Takut2 nanti tak larat lagi nak berFB. Baru kwin ni semuanye manis..... biasanya cabaran yang besar akan datang bila menjangkau 10 tahun perkahwinan. So can't wait to read their status at that particular time!

Wonder who dare to write then! So until then FB anyone?

Seterusnya???????

Puasa sudah, raya pun sudah? Apa lagi? Ni musim orang pi haji pulak. Musim anak-anak menduduki peperiksaan pulak.Anak pompuan aku baru aje habis PMR so macam2 permintaan dia. Senang je jawapan aku, tunggu keputusan dulu baru boleh nak cerita panjang!!!

Anak no 2 next week menduduki peperiksaan akhir tahun plak. Apa yang ditanam itulah yang dituai, betul x. Kawan2 masa kat sekolah tentu tau macam mana prestai aku dulu. Bak kata orang den ni late bloomer; maknanya lambat berkembanglah tu. Yelah sejak akhir2 sekolah menengah baru nampak potensi.

Tp budak zaman sekarang aku agak lain sikitkan. Kalau boleh sbg parent den nak bagi yang terbaiklah.... supaya jadi much2 better than myself. Tapi aku x lah pressure sangat they all. Ikut kemampuan masing2lah!

Anyway aku doa2 semua yang menduduki peperiksaan x kiralah sekolah menengah ke, sekolah rendah ke, kolej ke, universiti ke... semuanya all the best!

Malaysia boleh!!!