Tuesday, April 20, 2010

Jemputan Demo Belcolade - The Real Belgian Chocolate

Baru-baru ni aku dijemput untuk menghadiri demo masakan oleh Belcolade. Chef jemputan ari tu ialah David Redon dari International Advisor in Patisserie dari Belgium. Demo mula pukul 2.30 petang hingga 5 petang. Yang menariknya demo yang diajarkan sangat mudah dan ringkas tapi bila dah siap nampak macam susah gile nak buat & nampak mahal.



Well dapat banyak tips untuk gunakan chocolate di dalam masakan dan pembuatan kek. Tapi kalo di tilik2 dan di renung2 cara mat salleh ni buat kerja memang nampak senang sangat. Waktu aku belajar kat Australia dulu sempat juga masuk kelas untuk kek deco saja suka2. Kat mana tumpahnya kuah kalau x kat nasi kan? Abah aku dulu tukang masak , chef dalam askar.

So, baru2 ni ada member yang mintak buatkan kek sempena hari jadi. So aku gunakan lah teknik2 yang chef mat salleh tu ajar. Well, memang senang je, siap dalam 1 jam (tapi chef tu buat dalam 15 minit je). So kawan2 boleh tengok rupa kek ni kat sini.



Nak caj berapa? Biasanya kalo kek coklat plus deco dalam RM70 , tapi kawan2 punya pasal RM30 je. Ape guna kawan kalo semanjang nak buat untung... betul x? Tapi x buleh lah selalu2 ... So sapa-sapa nak buat kek from home jual kat kawan2 pun sebenarnya dah boleh buat side income.

Cuba kire kalo sebiji untung RM20 jual kat member2 dalam 50 orang sebulan, korok2 pun dah ada RM1000. Kerja kerani pun kadang2 RM800-1000 sebulan. So sapa2 terfikir nak buat bisnis ni pikir2 lah sendiri.

Ok cukup kat sini dulu. Nanti sambung lagi.

Monday, April 19, 2010

Tak kerja ke?

Duduk kat rumah sebenarnya best jugak. My mrs selalu kata dia jelous gak tengok aku buat keje kat rumah aje. Tapi rasanya tak semuo orang boleh buat 2 kerja sekali gus bila duduk kat rumah.

Pertama sekali kerja-kerja yang mendatang kan income kena disettlekan dulu. Then barulah buat apa2 kerje rumah yang patut. kalo asyik melepak x buat ape-ape silap-silap dapur x berasap pulak. Sebab ramai yang salah sangka , ingat bila suami jadi Mr Mama pasti x ada buat keje lain. Tak betul tu bro!

Mrs aku keje gomen, gaji ok-ok je... nak kaya tu susahlah tapi stabil. So sebagai head of the family all the expenses Mr Mama kena providelah... Bila ade training job yang jauh2 my mrs kena amik alih semulalah tugas hakiki dia. Tapi biasanya tak lama... lebih2 pun 5 hari je... Yang palingh lama rasanya 2009, waktu aku buat training kat Jakarta lebih kurang 1 bulan. Tapi yang masyuk .. boleh bertahan sampai 3 bulan!

Kadang-kadang bila jumpa kawan2 lama, jiran tetangga waktu sedang minum-minum kat kedai mesti tanya soalan keramat ni "Tak kerja ke ?" atau "Cuti?" Nak kata macam pujian pun ade, menyindir pun ade gak. Well, x kisah lah yang penting MM and family happy.

Amirah my second daughter dlm tahun 4 kata "Kita suka ayah keje sendiri, senang nak suruh ayah datang sekolah!" Mana kan tidak pegi berhantar, pulang berjemput. Kadang-kadang siap telefon suruh hantar lunch untuk dia lagi (beli kat kedai le jawabnye).

Bila difikir2 bukan semua orang yang dapat kebebasan macam ni... So greatful & alhamdulillah di atas kebesaranNya.

Red Mummy!

Baru-baru ni ada terbaca tentang blog RedMummy. It's quite interesting dan tiba-tiba terfikir pulak untuk dedicate satu blog untuk kaum bapa mengikut acuan sendiri. Rasanya tak banyak blog di Malaysia yang bercerita tentang kehidupan para bapa terutama yang bekerja dari rumah atau mengambil alih kerja para ibu yang sibuk berkerjaya.

Macam MM (Mr Mama), ramai yang tertanya-tanya mamat ni x keja ke? Semanjang ade kat rumah. Hantar anak pi sekolah, jemput anak, jemur baju kat sidaian, dll. Tulah lain kali jangan lah lihat orang sebelah mata.

MM ni sebenarnya freelance trainer & perunding design. Ada juga buat internet marketing sikit-sikit. Most of my time dihabiskan di rumah. As long as ada internet there should be no problem kerja mesti beres. This is actually my dream job (at the moment), x perlu minta cuti kat boss, ada masa tengok anak-anak membesar (tengok isteri membesar jugak :)).

So i'm taking this opportunity to start blogging. May be you all boleh ambil iktibar dan pengajaran from my stories. Well kalau Red Mummy boleh Mr Mama pun mesti boleh!

Why Mr Mama?

Salam.
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa blog ni dinamakan sedemikian rupa. Sebenarnya tajuk ni diambil dari siri kat TV3. Yelah untuk didedikasikan kepada para bapa yang bekerja dari rumah maupun para bapa yang telah mengambil keputusan untuk menjaga rumah tangga yang sepatutnya digalas oleh "Mama" yang sebenarnya.

Sebenarnya sebagai penulis blog Mr Mama, saya ingin berkongsi pengalaman bagaimana menjaga keharmonian rumahtangga dan di waktu yang sama masih mengekalkan kuasa sebenar sebagai ketua keluarga.

Rasanya tidak hilang sifat kelelakian seseorang itu jika membantu keluarga di dalam menjalankan kerja-kerja di rumah seperti menyapu sampah, mencuci kain dan pinggan, menghantar dan menjemput anak ke sekolah dan sebaginya.

Malah adakalanya ia lebih mencabar keupayaan dan di waktu yang sama dapat berkongsi kepayahan yang selama ini di tanggung oleh para isteri.

Jadi mungkin kita boleh berkongsi pengalaman dan pendapat yang membina untuk kebaikan bersama.

So, lets go Mr Mama!