Tuesday, April 20, 2010

Jemputan Demo Belcolade - The Real Belgian Chocolate

Baru-baru ni aku dijemput untuk menghadiri demo masakan oleh Belcolade. Chef jemputan ari tu ialah David Redon dari International Advisor in Patisserie dari Belgium. Demo mula pukul 2.30 petang hingga 5 petang. Yang menariknya demo yang diajarkan sangat mudah dan ringkas tapi bila dah siap nampak macam susah gile nak buat & nampak mahal.



Well dapat banyak tips untuk gunakan chocolate di dalam masakan dan pembuatan kek. Tapi kalo di tilik2 dan di renung2 cara mat salleh ni buat kerja memang nampak senang sangat. Waktu aku belajar kat Australia dulu sempat juga masuk kelas untuk kek deco saja suka2. Kat mana tumpahnya kuah kalau x kat nasi kan? Abah aku dulu tukang masak , chef dalam askar.

So, baru2 ni ada member yang mintak buatkan kek sempena hari jadi. So aku gunakan lah teknik2 yang chef mat salleh tu ajar. Well, memang senang je, siap dalam 1 jam (tapi chef tu buat dalam 15 minit je). So kawan2 boleh tengok rupa kek ni kat sini.



Nak caj berapa? Biasanya kalo kek coklat plus deco dalam RM70 , tapi kawan2 punya pasal RM30 je. Ape guna kawan kalo semanjang nak buat untung... betul x? Tapi x buleh lah selalu2 ... So sapa-sapa nak buat kek from home jual kat kawan2 pun sebenarnya dah boleh buat side income.

Cuba kire kalo sebiji untung RM20 jual kat member2 dalam 50 orang sebulan, korok2 pun dah ada RM1000. Kerja kerani pun kadang2 RM800-1000 sebulan. So sapa2 terfikir nak buat bisnis ni pikir2 lah sendiri.

Ok cukup kat sini dulu. Nanti sambung lagi.

No comments:

Post a Comment